Merawat luka terbakar dan melecur
Langkah 1:Untuk menghentikan melecur dan melegakan kesakitan siramkan air sejuk pada bahagian yang melecur sekurang-kurangnya selama 10 minit atau sehingga tidak lagi rasa sakit.
Langkah
2:Jangan alihkan pakaian atau apa-apa yang melekat pada
bahagian yang melecur kerana ini mungkin lebih merosakkan
kulit.Setelah sejuk,barulah tanggalkan atau potong keluar
sebarang pakaian.
Langkah 3:Tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih yang tidak berbulu untuk melindungi daripada jangkitan.Gunakan pembalut yang longgar untuk membenarkan pengaliran udara.
Jangan letakkan mentega atau produk yang bergris pada bahagian yang terbakar.Gunakan salap yang khusus untuk kulit melecur,lapisan madu yang tebal,jeli petroleum atau campuran pekat baking soda dan air.
Anda hanya boleh memberi rawatan kecemasan untuk luka terbakar peringkat pertama - iaitu apabila kulit kemerah-merahan,membengkak sedikit dan kadang-kalanya berbekas bilur.Jika anak anda terkena luka terbakar peringkat kedua atau ketiga iaitu apabila kulitnya melepuh atau hangus atau apabila meliputi kawasan yang besar,dapatkan rawatan doktor segera.
[merawat luka dan melelas] [luka terbakar akibat renjatan elektrik] [utamakan keselamatan] [tahukah anda]